>
T MAT SECURITY SDN BHD ditubuhkan untuk menyertai barisan kawalan keselamatan yang lain sebagai alternatif untuk pelanggan dan telah diperbadankan pada 02 Jun 2011, merupakan sebuah syarikat Kawalan Keselamatan yang dilesenkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). T Mat Security membekal perkhidmatan kawalan keselamatan dan perundingan mengikut kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan. T Mat Security diterajui oleh kumpulan usahawan yang berpengalaman serta dibantu oleh satu pasukan pengurusan yang berdedikasi. T Mat Security merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang telah ditubuhkan atas inisiatif Datuk Haji Abdullah Sani bin Sulaiman yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. Kewibawaan dan pengalamannya yang luas sebagai Pengerusi Eksekutif telah menerajui T Mat Security untuk mencapai visi dan misi syarikat.
>
T MAT SECURITY SDN BHD mencorak perjalanan syarikat ke arah pembentukan sebuah syarikat Keselamatan dan perundingan yang berdaya maju. T Mat Security bermatlamat membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terbaik dan khidmat rundingan kepada pelanggan. Persaingan yang sihat kunci kepada kejayaan sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, T Mat Security telah merancang pelan strategik pada masa akan datang. T Mat Security mensasarkan pertambahan cabang perkhidmatan iaitu menawarkan perkhidmatan yang berteraskan “High Value Added Security”.
Muat Turun Profil Korporat > T MAT Security Sdn Bhd