>
Dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim, Alor Setar pada tahun 1957. Seterusnya beliau meneruskan pelajaran sehingga sehingga peringkat Universiti. Pemegang B.A (hons) Chinese Study dari Universiti Malaya ini telah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau ditugaskan di beberapa buah negara luar bagi menyelesaikan isu berkaitan pensepadanan dan keselamatan. Pengalaman beliau dalam hubungan diplomatik dan rangkaian kerja antarabangsa, isu-isu keselamatan dan hal ehwal geo–strategic telah memberi kelebihan kepada beliau dalam menerajui tampuk kepimpinan di T Mat Security.
>
Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kep.) dalam bidang Komunikasi Korporat dari University Infrustruktur Kuala Lumpur. Menyertai Top Guards Security & Consultancy (TGS) Sdn Bhd pada tahun 2015. Pengalaman selama 3 tahun sebagai Eksekutif Akaun di Top Guards Security memberi banyak pengalaman berharga kepada beliau dari aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan dalam industri kawalan keselamatan. Ini telah memberi inspirasi kepada beliau untuk menubuhkan syarikat sendiri. Pengetahuan yang luas dalam bidang pengurusan perniagaan dan pengurusan operasi semasa pembelajaran beliau sudah tentu menyumbang kepada sayap pentadbiran dan kewangan T Mat Security.
>
Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kep.) dalam Pengurusan Operasi dari UiTM Shah Alam. Memegang beberapa jawatan dalam pemasaran dan operasi jualan di beberapa syarikat korporat sebelum menyertai Top Guards Security & Consultancy (TGS) Sdn Bhd pada tahun 2008. Pengalaman selama 3 tahun sebagai Eksekutif Akaun di Top Guards Security memberi banyak pengalaman berharga kepada beliau dari aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan dalam industri kawalan keselamatan.
>
Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kep.) dalam Pentadbiran Perniagaan dari UniKL Business School. Berpengalaman di bidang pentadbiran dan penyeliaan operasi di Syarikat kawalan keselamatan, Dmard Service Sdn Bhd dari tahun 2017 banyak memberikan pengalaman di bidang pengendalian dan seliaan urusan operasi bagi perkhidmatan kawalan keselamatan kepada beliau untuk menerajui hal ehwal pengurusan dan pentadbiran syarikat.