Latar Belakang

T Mat Security Sdn. Bhd., ditubuhkan pada 2 Jun 2011, merupakan syarikat kawalan keselamatan berlesen di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kami menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan perundingan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Syarikat ini diterajui oleh Datuk Haji Abdullah Sani bin Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, bersama pasukan pengurusan yang berpengalaman dan berdedikasi.